SHAH ALAM 10 JAN : Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) perlu bertanggungjawab
sepenuhnya untuk membaik pulih asrama pelajar Universiti Selangor
(Unisel) yang mengalami masalah tanah mendap dan mengancam struktur
bangunan asrama tersebut.
Naib Canselor, Prof Dr Anuar Ahmad berkata, sebanyak 44 blok asrama yang dibina di atas tapak lombong bijih timah pada 2002 itu kini tidak selamat untuk didiami.
“Kesilapan besarnya ialah kedudukan asrama Unisel itu dibuat di atas tapak lombong yang tidak dibuat ‘rawatan’ dengan betul.
“Ini masalah pada 2002 – 2005 di mana ia dibuat mungkin hanya untuk mendapatkan keuntungan yang cepat dan banyak atau sebagainya yang tidak diketahui,” kata Dr Anuar ketika ditemui di pejabatnya di sini.
Jelas beliau, sewajarnya pihak yang membinanya dahulu menggunakan kaedah ‘accelerated settlement’ yang mana apabila berlaku pemendapan ia tidak mengancam struktur keseluruhan keselamatan bangunan.
Ujarnya lagi, turut berlaku masalah sistem kumbahan yang menyebabkan pihak Unisel terpaksa menanggung masalah itu.
“Selepas dua tahun asrama siap, baru sistem rawatan kumbahan siap pada 2007 di mana pelajar sudah mendudukinya pada 2005, jadi ke mana kumbahan itu dibuang,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>