KUALA LUMPUR, 9 JAN: Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang
turut dihadiri wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Stadium
Merdeka di sini pada Sabtu ini memberi jaminan tidak akan berlaku
huru-hara, sebaliknya akan berlangsung secara aman dan tenteram.
Pengerusi penganjur himpunan itu, Mohamad Sabu berkata, pihaknya sudah menerima kebenaran daripada Stadium Merdeka untuk mengadakan perhimpunan itu.
Katanya, pihak penganjur akan memaklumkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mengenai kesediaan Stadium Merdeka membenarkan lokasi itu digunakan bagi perhimpunan berkenaan.
Menurutnya, penganjur juga akan menghantar wakil untuk bertemu Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Zainuddin Ahmad esok bagi menyelaras kerjasama berhubung perhimpunan itu.
Beliau menambah, polis tidak meletakkan syarat melarang orang ramai membawa kain rentang pada perhimpunan itu dan pihaknya memberi jaminan akan bekerjasama dengan pasukan keselamatan.
“Polis juga tidak akan membuat sekatan jalan raya. Polis memberi jaminan tidak akan ada halangan. Dan kita ada wakil untuk bantu orang ramai ke stadium,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut di sini, petang tadi.
Menurutnya, pihak penganjur yang menerima kebenaran daripada pihak Stadium Merdeka kira-kira jam 2.30 petang tadi, akan mengadakan perbincangan susulan esok bagi memutuskan peraturan keselamatan dan syarat dikenakan.
Read More / Baca Lagi >>