
“Selepas 55 tahun Umno berkuasa, orang Melayu masih dendangkan lagu ‘Anak Kecil Main Api’, mengalirkan air mata dan merintih mengenangkan nasib mereka sendiri.
“Umno (juga) menindas gerakan Islam dan dakwah…Pelbagai tuduhan nista dan fitnah dilemparkan. Ramai pemimpin ditangkap, didera dan ditahan di bawah ISA. Kemuncaknya, pembunuhan pendakwah Ustaz Ibrahim Libya dalam peristiwa Memali (19 November 1985),” kata Ketua Penerangan KEADILAN itu dalam kenyataan.
Beliau berkata, kepimpinan Umno kini begitu lemah sehingga terpaksa bergantung kepada budaya politik perkauman dan keselamatan.
“Melayu dimomokkan dengan isu perpecahan dan risiko perubahan kepimpinan. Hakikatnya, orang Melayu tetap bersatu. Umno (sebenarnya) yang sentiasa berpecah dari dalam sejak awal penubuhannya,” kata bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) itu.
Read More / Baca Lagi >>