Oleh EDY NOOR REDUAN (Pengarah Propaganda SAMM)
Kenyataan Menteri Dalam Negeri baru-baru ini mendakwa huru-hara yang
berlaku ketika perhimpunan Bersih 3.0 tahun lalu kononnya kerana pihak
penganjur enggan menerima tawaran kerajaan supaya himpunan dilangsungkan
di stadium adalah satu kenyataan dangkal dan sangat tidak cerdik
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menepis dakwaan Dato Seri
Hishamuddin yang sememangnya telah lupa sejarah perhimpunan aman yang
telah dihuru-harakan sendiri oleh pihak polis melalui Kementerian Dalam
Negeri. DS Hishamuddin juga telah lupa bagaimana permintaan penganjur
untuk menggunakan Stadium Merdeka ketika bersih 2.0 tidak dilayan.
Mengimbas kembali tanggal 9 Julai 2011, lebih seratus ribu rakyat menuju
ke Stadium Merdeka dengan motto "Berjalan Demi Demokrasi" atau "Walk
For Democracy" telah dihalang daripada masuk ke Stadium Merdeka dengan
rintangan kawat berduri dan seterusnya rakyat diserang dengan pancuran 'watercanon' beserta ribuan tembakkan gas pemedih mata. Ketika itu,
huru-hara mula berlaku apabila pihak polis cuba halang rakyat dari masuk
ke perkarangan Stadium Merdeka. Di manakah Hishamuddin ketika itu?
Begitu mudah Hishammuddin melupakan peristiwa Bersih 2.0 yang turut
membabitkan kehilangan nyawa?
Ini jelas bermakna penganjur terdahulu telah memilih Stadium Merdeka
tetapi tidak diberi laluan oleh kerajaan mahupun KDN. Hishamuddin jangan
berdolak-dalik melepaskan diri dan mencuci tangan di sebalik
pertempuran rakyat dengan penguasa zalim ketika Bersih 2.0.
Read More / Baca Lagi >>