KUALA LUMPUR:
Pendedahan penglibatan pemimpin negara berhubung pengeluaran kad
pengenalan sementara mengesahkan lagi prejudis rakyat bahawa Suruhanjaya
Pilihanraya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersekongkol
membantu Umno BN dalam memenangkan mereka di setiap pilihan raya.
Demikian dinyatakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi (gambar) dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas pendedahan bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, Ramli Kamarudin serta beberapa individu yang pernah berkhidmat di JPN bahawa bekas pemimpin negara terlibat secara langsung dalam mengeluarkan kad pengenalan sementara (resit sementara) bagi membolehkan pendatang asing mengundi dalam pilihan raya merupakan sesuatu yang amat mengejutkan.
Mereka mendedahkan demikian di hadapan Suruhanjaya DiRaja (RCI) yang menyiasat mengenai pendatang haram yang diberikan kad pengenalan.
Antara pendedahan yang menggemparkan adalah bagaimana arahan langsung bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub serta Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir kepada pegawai JPN supaya mengeluarkan resit membenarkan pendatang haram di Sabah mengundi dalam pilihan raya negeri pada tahun 1994.
Read More / Baca Lagi >>