KUALA LUMPUR 17 Jan: Ketua Cabang KEADILAN Batu Pahat, Syed Hamid Ali
berkata, kerajaan Umno BN gagal membaiki taraf hidup rakyat terutama
bangsa Melayu, sebaliknya menambah kekayaan kepada kroni.
Katanya, tanpa mekanisme pemulihan, jurang golongan kaya dan miskin makin melebar saban tahun dan melanda semua negeri di Malaysia termasuk Johor.
“Gejala kemiskinan bukan sahaja berlaku di Johor tetapi di semua negeri termasuklah Selangor, Kuala Lumpur dan Melaka yang kononnya negeri paling maju di Malaysia. Kerajaan perlu ada mekanisme terbaik atasi masalah ini,” katanya ketika dihubungi.
Semalam, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas dalam sidang media berkata, orang Melayu Johor adalah Melayu paling miskin di Malaysia, kerana kos sara meningkat kesan penghijrahan orang asing yang ke Iskandar Malaysia.
Iskandar Malaysia memiliki keluasan 221,634 hektar meliputi seluruh daerah Johor Baharu dan daerah Pontian merangkumi kawasan Mukim Jeram Batu, Mukim Sungai Karang, Mukim Serdat dan Pulau Kukup di dalam Mukim Ayer Masin.
Read More / Baca Lagi >>