Kenyataan ralat yang dikeluarkan 13 Januari itu menyebut bahawa tiada berlaku penukaran tanah bagi menebus jawatan Menteri Besar Perak antara dua pemimpin DAP iaitu, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming bersama Mursyidul Am Pas, Datuk NikAbdul Aziz Nik Mat, seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Artikel bertajuk ‘Pembetulan fakta tanah Ngeh dan Nga di Kelantan’ itu menyebut bahawa berlaku percanggahan fakta tidak tepat yang diperoleh daripada sumber sebelum ini dan menyifatkan bertanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan demi kebenaran.
Mengulas perkara itu, Koo Ham yang juga Pengerusi DAP berkata, penafian yang dikeluarkan blogger itu jelas menunjukkan isu yang digembar-gemburkan selama ini tidak benar dan berunsur fitnah.