KUALA LUMPUR, 17 Jan — Aktivis pelajar, Bawani KS,
mendapat pujian daripada pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil
(Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan yang bangkit mempertahankan
kumpulan tersebut dalam satu pertengkaran dengan pengacara kontroversi
Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin pada sebuah forum bulan lepas.
Ambiga berkata pelajar perundangan tahun kedua tersebut
seorang yang berani menyatakan pendapatnya dengan memberikan fakta dan
angka, walaupun diarahkan berhenti kemudiaannya selepas Sharifah Zohra
menarik mikrofon daripadanya.
“Hujah beliau menidakkan pengacara (Sharifah Zohra),” kata
bekas presiden Majlis Peguam dalam satu pesanan khidmat ringkas SMS
kepada The Malaysian Insider.
Aktivisi masyarakat sivil dan peguam terkenal tersebut juga menambah Bawani yang dianggap sebagai “Ambiga Kecil” selepas insiden tersebut berkemungkinan mempunyai masa depan cerah.
Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) tersebut menjadi
wira secara serta-merta selepas beliau mempertahankan kumpulan Bersih
2.0 dan menyatakan sokongannya secara terbuka terhadap usul pendidikan
percuma kepada panelis forum tersebut Sharifah Zohra yang telah
dimuatkan didalam Internet.
Forum bertajuk “Seiringkah mahasiswa dan politik?” telah
diadakan di sebuah universiti di Kedah pada 8 Disember, namun insiden
mendapat perhatian selepas video 20 minit tersebar luas dan disebarkan
dalam Facebook dan Twitter serta beberapa laman maya lain.