KOTA BHARU- Sama ada Pakatan Rakyat (PR) memerintah negara nanti,
mahupun kepimpinan sedia masih kekal, Pas Kelantan membayangkan dalam
jangka 10 tahun ini perdana menteri masih kekal dalam kalangan orang
Melayu.
Bagi Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun tersebut orang Melayu tidak akan menerima orang bukan Melayu untuk memegang jawatan utama itu.
Mohd Amar berkata, hal ini kerana sensitiviti orang Melayu yang sekian lama dibina dengan semangat agama dan semangat bangsa sejak azalinya lagi.
“Sebab itu tidak akan diterima, sebab itu juga DAP tidak mahu menjadi perdana menteri. Ini kerana mereka memahami psikologi politik orang Melayu,” katanya kepada media semalam selepas menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu di sini.