Oleh : Mahasiswa UUM
Saya akan cuba jelaskan apa yang berlaku kerana saya adalah salah
seorang yang berada di dalam dewan terbabit dan mengikuti perkembangan
forum ini seawal seminggu sebelum forum ini berlangsung, kerana minat
sebagai seorang mahasiswa terhadap tajuk forum berkenaan pada awalnya.
Saya akan cuba jelaskan dalam bentuk kronologi;
[SEBELUM PROGRAM]
Seminggu sebelum forum ini berlangsung, saya sudah mendaftarkan diri
sebagai peserta sewaktu borang pendaftaran diagihkan di dalam kelas.
Kenapa saya begitu cepat untuk mendaftarkan diri? Adakah saya ini
peminat Puan Sharifah? Harus untuk kamu semua tahu, bahawasanya sewaktu
publisiti program itu digembar-gemburkan beberapa perkara menarik minat
diri ini untuk turut serta;
[1] TAJUK
Tajuk forum pada hari kejadian yang digembar-gemburkan ialah "Seiringkah
Mahasiswa Berpolitik?" cukup jelas dan umum. Ini perkara pertama yang
membuatkan saya mendaftar sebagai peserta tanpa berfikir panjang.
[2] MODERATOR
Moderator pada hari kejadian dikatakan saudara yang saya hormati YDP
MPPUUM (gambar) sendiri iaitu Saudara Ku Amirul, dia adalah pimpinan
tertinggi di dalam kampus ini, wajar bagi saya menaruh harapan besar
untuk mendengar penjelasan beliau tentang "SEIRINGKAH MAHASISWA
BERPOLITIK?".
[3] MISTERI PANELIS
Read More / Baca Lagi >>