Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Menggantung khidmat pakar ekonomi Bank Islam tindakan memalukan

$
0
0
Oleh Aspan Alias
Penggantungan perkhidmatan Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, minggu lepas kerana memberikan pandangan peribadi secara ‘professional’ berhubung dengan pilihanraya ke13 adalah satu isu panas. Isu ini menjadi sebutan dan perbincangan di kalangan para professional dan rakyat kelas menengah dan ia dibincang di mana-mana

Penggantungan perkhidmatan beliau itu merupakan satu tragedi dan ia tidak di sangka-sangka boleh berlaku di dalam sebuah negara demokrasi. Saya tidak terfikir perkara seperti ini boleh dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab dan sikap ini harus di perangi habis-habisan untuk mengelak ia berlaku dan berulang lagi.  Saya pernah berkata di dalam UMNO bercakap benar adalah ditegah dan memberikan pandangan yang tidak disukai oleh yang berkuasa adalah jenayah.
Pandangan Azrul merupakan pandangan dari sudut ‘professional’ dan tidak kena mengena dengan kecenderungan politik beliau. Beliau bercakap dalam satu majlis forum di Singapura sebagai pandangan seorang professional kerana keputusan pilihanraya sememangnya mempunyai ‘consequence’ besar terhadap ekonomi negara. Pandangan beliau yang berkemungkinan keputusan pilihanraya ada tiga: 1) kemenangan Pakatan Rakyat dengan kemenangan tipis 2) kemenangan BN dengan tipis dan 3) kemenangan besar Pakatan Rakyat.
Mengikut analisa beliau (Azrul) secara professional, beliau mengandaikan yang BN hanya akan memenangi di antara 97 sehingga 107 kerusi dalam pilihanraya nanti dan ia tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan. Keadaan ini mengikut Azrul tidak akan menjadikan kerajaan PR menjadi satu kerajaan yang kuat kerana memenangi pilihanraya dengan majoriti yang kecil.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913