Image may be NSFW.
Clik here to view.
Mariam menunjukkan Mykad adik-adik Faizada yang telah diproses tanpa sebarang masalah.Clik here to view.

PASIR GUDANG – Hasrat Faizada Aldam, 23, mendapatkan Mykad masih belum
tercapai, meskipun sudah dua kali berulangalik ke Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN) Putrajaya.
Ibunya, Mariam Sarian, 48, berkata, 3 Januari lalu dia dihubungi JPN Johor Bahru yang memintanya berurusan dengan Unit Sabah JPN Putrajaya.
Bagaimanapun menurutnya, hasil perjumpaan dengan pihak berkenaan pada 8 Januari memintanya menyediakan dokumen lengkap walaupun turut dibawa bersama adik-beradik lain.
“Pada 14 Januari, sekali lagi saya ke Putrajaya, tapi malangnya pihak JPN meminta saya balik berurusan dengan JPN Sabah kerana katanya sudah dikuatkuasakan akta undang-undang baru.
“Saya keliru kerana kenapa sampai dua kali saya ke Putrajaya baru diarahkan berurusan dengan JPN Sabah, sedangkan saya bukan orang senang nak berulang-alik begini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Mariam berkata, tujuh kali berulang-alik ke JPN Sabah sebelum ini membuatnya serik kerana sudah terlalu banyak wang digunakan untuk menguruskan Mykad Faizada.
Menurutnya, dia juga bersedia menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sekiranya status Ida diragui sebagai anak kandungnya, asalkan Ida mendapat haknya sebagai warganegara Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>