![]() |
Sekadar berkukok seorang diri.. Ajak face to face untuk debat semua menikus |
Tanda
yang paling jelas UMNO itu usang ialah ketidak-mampuan untuk mengubah
keadaan dan persepsi buruk rakyat terhadap parti itu dengan
keseluruhan kepimpinannya.
Banyak
pihak telah mengkritik dan memberikan pandangan yang berbagai-bagai
untuk memperbaiki parti itu tetapi UMNO tetap dengan sikap dan perangai
yang sama tanpa ada tanda-tanda untuk berubah kepada kebaikan.
Segala
kesalahan moral dan jenayah yang dilakukan oleh UMNO dan BN selama
ini tetap terus berlaku dan rakyat sudah tiada pilihan selain dari
melakukan yang drastik terhadap parti pemerintah itu.
Betul
lah kata setengah pendapat orang, keadaan ini adalah kehendak yang
'natural' dan ianya berlaku kepada semua parti-parti dan pertubuhan
siasah yang sudah lama dan usang dimana-mana.
Ahli-ahli
serta penyokong-penyokong tegar UMNO masih dalam sindrom penafian dan
masih bertegas mengatakan UMNO akan menang dan ada yang mengatakan
yang parti itu akan mendapat sokongan 2/3 dalam Dewan Parlimen kali
ini. Tetapi hakikatnya tindakan mereka hanyalah untuk menyedapkan hati
mereka sahaja kerana keadaan sebenarnya adalah di sebaliknya.