Oleh Greencresent
Syabas untuk sakretariat Himpunan Mega Kebangkitan Rakyat atas kejayaan penganjuran HKR112, terutamanya Tuan Haji Mohamad Sabu selaku pengerusi. Mungkin tidaklah terlewat untuk dinukilkan asas "bicara kejayaan" di sebalik HKR112 tersebut.
Sesungguhnya Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari (HKR112) di Stadium Negara lalu telah mencipta sejarah. Paling bersejarah, ia sudah ditarafkan sebagai "pengisytiharan Merdeka Kedua" oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Menurut Tuan Guru, HKR 112 itu adalah ulangan pengisytiharan "Merdeka"
yang pertama oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1957.
Justeru di sebalik simbolik "Merdeka Kedua" sebenarnya adalah
berpandukan semangat kebangkitan rakyat pada kali ini - saat pilihan
raya umum ke-13 (PRU13) yang menyaksikan perkongsian hasrat semuaa
lapisan rakyat untuk melakukan perubahan kuasa politik demi mengisi
ruang kemerdekaan yang sudah melepasi usia 55 tahun ini.
Sehubungan itu, HKR112 itu telah dianggap petunjuk jelas rakyat
bangkit untuk menolak Barisan Nasional pada PRU13 nanti. Meskipun pihak
pemimpin Barisan Nasional, termasuk Datuk Seri Mohd Najib cuba mencari mileage dengan menganggap ia suatu testimoni betapa Akta Perhimpunan Aman yang mereka gubal sudah berjaya.
Sementara pihak pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk Tuan Haji Mohamad
Sabu sedia berterima kasih kepada pihak polis kerana memberi kerjasama
baik menurut lunas undang-undang dan standard operating procedures (SOP) pengawalan perhimpunan.
Read More / Baca Lagi >>