KUALA LUMPUR: Cubaan Umno untuk melarang perkataan
Islam digunakan oleh parti politik bukan perkara baru malah telah
disuarakan sejak 40 tahun dahulu lagi.
Setiausaha
Akhbar kepada Presiden PAS Mohd Nasaie Ismail berkata, tindakan itu
sebenarnya dibuat dipercayai kerana Umno terancam dengan perjuangan
Islam yang dibawa PAS itu sendiri.
"Usaha untuk membuang nama Islam daripada parti politik telah dimulakan UMNO sejak 40 tahun dahulu kerana Umno berasa terancam dengan akhlak dan prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS yang banyak bertentangan dengan pembawaan dan sikap pemimpin Umno.
"PAS menggunakan perkataan Islam dalam nama parti adalah selari dengan prinsip dan matlamat perjuangan Islam dan setakat ini pimpinan PAS berjaya buktikan bahawa prinsip Islam tidak akan digadai untuk kepentingan politik sebagaimana yang dibuat oleh Umno," katanya.
Nasaei yang juga Penyelia PAS Parlimen Masjid Tanah berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik semalam.
Read More / Baca Lagi >>