Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Petani rugi RM400,000, terjerat skim penipuan pemimpin Umno

$
0
0
PETALING JAYA 22 Jan: Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri mendedahkan, syarikat Grand Entity Sdn Bhd (GEHSB) yang diterajui pemimpin Umno Selangor, Hamzah Apandi, punca 34 peserta penanam nenas yang menyertai Skim Projek Pembangunan Usahawan (SPPU) kerugian RM408,000.
Beliau mempersoal peranan Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani dan agensi berkaitan yang membisu terhadap penyelewengan berkenaan.
“Hamzah Apandi, salah seorang pengarah syarikat GEHSB yang ada kaitan dengan Umno Selangor,” dedah Yahya.
“Masalah yang timbul sekarang ialah kegagalan GEHSB membayar ansuran bulanan kepada Agro Bank sehingga semua peserta disaman.
“Bagaimana agensi kerajaan boleh terlibat secara langsung dalam skim ala Pak Man Telo tersebut?” soal Yahya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.
Menurut Yahya, GEHSB sebelum ini membentangkan kertas kerja SPPU, antaranya projek tanaman nenas dan ternakan lintah dan disokong agensi kerajaan termasuk Lembaga Penanaman Nenas Malaysa (LPNM) dan Agro Bank.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913