Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Meski kalah semangat Pakatan Rakyat tidak patah - Pemuda Pas

$
0
0
Pengenalan calon muda daripada DAP juga sebagai ‘penanda aras’ akan keperluan PR untuk meletakkan calon-calon muda pada PRU14 nanti, kata Pemuda PAS Perak.
PETALING JAYA: Pemuda PAS Perak menganggap kekalahan di dalam pilihan raya kecil  Parlimen Teluk Intan tidak akan ‘mematahkan semangat’ dan ‘ mengikis setiakawan’ di dalam Pakatan Rakyat (PR) terutamanya di Negeri Perak.
Kami mengharapkan semua gerakerja sejak bermula tempoh berkempen hingga selesai PRK Teluk Intan akan membina persafahaman yang lebih jitu serta langkah yang lebih tersusun menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 14 nanti, kata ketuanya Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss.
Kepada rakan-rakan di dalam PR iaitu Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) dan Angkatan Muda PKR (AMK) diharapkan agar diperkukuhkan lagi kerjasama untuk membina kekuatan bersama dalam PRU14 akan datang juga, tambah beliau.
Menurutnya, pengenalan calon muda daripada DAP juga sebagai ‘penanda aras’ akan keperluan PR untuk meletakkan calon-calon muda pada PRU14 nanti.
“Ianya sebagai pemangkin agar PR secara menyeluruh bersedia menampilkan calon-calon muda untuk diletakkan kelak. Kami juga akan sentiasa bersedia untuk melahirkan tokoh-tokoh muda agar ditampilkan sebagai calon yang berwibawa sebagai calon daripada PAS.
“Kami juga yakin, pengundi-pengundi muda bersedia memberikan sokongan jika kita bersedia menampilkan calon-calon yang bertenaga dan mampu menjadi pemimpin untuk menyuarakan isu-isu rakyat sama ada di Parlimen mahupun di Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913