Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Siapa yang tidak mengundi Dyana?

$
0
0

Lebihan 71 undi membawa nasib berbeza untuk Siew Keong, di mana beliau berjaya mengalahkan calon popular, Dyana Sofya Mohd Daud daripada DAP dan menguasai semula kerusi Parlimen Teluk Intan yang pernah dimilikinya sebelum 2008.

Jadi, di mana 7,242 undi (mantan ahli Parlimen Teluk Intan Seah Leong Peng menang dengan 7,313 majoriti, dan penulis menganggap terdapat 71 undi yang berpaling tadah ke Siew Keong) yang sepatutnya memenangkan Dyana Sofya di Teluk Intan?

DAP berusaha habis-habisan untuk memenangkan Dyana. Tetapi mengapa penyokong mereka tidak kembali untuk mengundi?

Silap media pro-pembangkang dan permainan di media sosial

“Dyana pasti menang besar.” – Itulah persepsi yang dibina oleh media pro-pembangkang dan di media sosial seperti di Facebook dan Twitter sebelum Dyana dinamakan sebagai calon lagi.

Dyana diangkat seperti seorang puteri istimewa. Popularitinya bukan sahaja naik mendadak, malah melonjak ke langit dalam sekelip mata.

Mereka yang suka berlegar di Internet, terutamanya mereka daripada kalangan pro-pembangkang akan merasakan kemenangan Dyana sudah pasti, cuma majoriti sahaja yang perlu dirisaukan.

Bahkan, DAP sendiri hanya memberikan ramalan bahawa majoriti kemenangan mereka di Teluk Intan berkemungkinan kurang daripada 1,000 undi.

Perkataan kalah langsung tidak terlintas di minda mereka. Ini juga yang tersemai di minda pengundi luar Teluk Intan.

Melihat bagaimana Ramkarpal boleh meraih jumlah majoriti yang tidak jauh beza daripada jumlah yang dicatat bapanya di Bukit Gelugor meskipun peratusan keluar mengundi hanyalah 56.05 peratus, menyebabkan para pengundi luar Teluk Intan pula merasakan Dyana juga akan selamat kerana DAP menang besar dengan 7,313 majoriti di 2013.

Perasaan tidak perlu kembali mengundi diperhebatkan lagi apabila portal pro-pembangkang pula menceritakan bagaimana sesaknya Teluk Intan di hari terakhir kempen pada Jumaat malam Sabtu.

Malah, ada media pro-pembangkang yang melaporkan bahawa kesesakan jalanraya itu adalah petanda bahawa pengundi luar sedang berpusu-pusu kembali ke kampung halaman mereka untuk mengundi. Ternyata mereka tersilap.

Bukan itu sahaja, para pengundi luar yang baru habis bekerja di lewat petang Jumaat pula disajikan dengan gambar ceramah raksasa DAP yang dihadiri 10 ribu orang berbanding dengan hanya kurang seratus orang di BN yang berlegar di Facebook dan Twitter.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913