Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini mengesahkan bahawa jumlah kerusi parlimen yang dimiliki gabungan pembangkang itu bersama sekitunya adalah pada 122. Image may be NSFW.
Clik here to view.

Lapan adalah dari WARISAN dan calon Bebas P Prabakaran kini adalah sekutu gabungan itu.
Awal hari ini, bakal Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata HARAPAN kini memiliki 135 kerusi.
Meskipun ia mungkin satu kesilapan, Mahathir berkata HARAPAN telah memperoleh sokongan dari WARISAN untuk menyokong pencalonannya sebagai perdana menteri.
Pada sidang media di Petaling Jaya, Mahathir berkata HARAPAN telah mendapat sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.