Quantcast
Viewing latest article 23
Browse Latest Browse All 43913

Maria: Jangan abai, lupa ketidakcekapan SPR pada PRU14


Di sebalik kemenangan Pakatan Harapan, bekas pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah menggesa agar orang ramai agar tidak mengabaikan dan lupa dengan ketidakcekapan yang ditunjukkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menguruskan pilihan raya ini.
“Rakyat negara ini telahpun bersuara dan sudah tiba masanya untuk kita mengejarkan impian kita demi sebuah masa depan yang cerah. Kita harus meneruskan perjuangan kita untuk mencetuskan perubahan untuk kebaikan semua lapisan masyarakat yang majmuk ini.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
“Pada masa yang sama kita tidak seharusnya abaikan dan lupa ketidakcekapan yang ditunjukan pihak SPR dalam menangani pilihanraya kali ini.
“Semalam pun terdapat banyak percanggahan-percanggahan yang ditemui dan telahpun dilaporkan kepada pihak polis,” kata Maria, dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau memetik contoh SPR yang tidak membenarkan pengundi di kawasan Taman Medan yang di bawah kerusi parlimen Petaling Jaya tempat beliau bertanding walaupun mereka telah beratur selama berjam-jam.
Menurutnya, SPR tidak mempunyai alasan untuk membenarkan pekara-pekara sebegini berlaku secara berleluasa apatah lagi semasa berlakunya satu pilihan raya yang cukup penting dalam negara .
Maria pada masa tyang sama, turut mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di Petaling Jaya kerana menyokongnya dengan majoriti besar.
“Sepanjang proses pilihan raya ini saya telah mendengar kisah-kisah daripada penduduk-penduduk di Petaling Jaya yang menyentuh hati saya.
“Mereka telah menceritakan pergelutan mereka akibat daripada masalah ekonomi dan pengurusan negara ini.
“Ramai di antara kita tidak lagi mampu menampung kos keperluan asas lagi. Ekonomi kita pula semakin merosot.
“Pada masa yang sama, kita dapat lihat institusi-institusi negara kita juga sedang roboh,” katanya.
Justeru, katanya, beliau ingin mengesahkan komitmen bahawa dirinya tidak akan mengabaikan matlamat untuk mengukuhkan agenda reformasinya apabila di parlimen.

Viewing latest article 23
Browse Latest Browse All 43913