Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all 43913 articles
Browse latest View live

Ketiadaan Anwar, Nik Aziz semarakkan semangat PR – Penganalisis

$
0
0
Ada bahayanya untuk Nuha sebagai pengganti Anwar di Permatang Pauh.

Nik Aziz Nik Mat, Anwar IbrahimPETALING JAYA: Pemergian Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan peristiwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan akibat kesalahan meliwat bekas pembantunya tidak akan melemahkan Pakatan Rakyat (PR).
Penganalisis Politik, Profesor Datuk Dr Abdul Rahman Abdul Aziz, menyifatkan peristiwa itu sama seperti yang pernah berlaku pada tahun 1998 apabila Anwar dimasukkan ke dalam penjara.
“Selepas Anwar dimasukkan ke dalam penjara, barulah Pakatan Rakyat akan semakin kuat,” ujarnya.
“Saya positif, dalam erti kata Pakatan Rakyat akan makin kuat, kerana generasi baru ini akan duduk dalam Majlis Ulama PAS dan juga akan duduk sekali dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat,” katanya sewaktu dihubungi Free Malaysia Today (FMT).
Jelasnya lagi, walaupun terdapat beberapa gangguan, namun Abdul Rahman percaya ia akan membuatkan Pakatan Rakyat lebih matang dan fokus.
“Gangguan yang saya maksudkan itu adalah mereka diugut dengan pelbagai jenis undang-undang, dan solidariti Pakatan Rakyat juga tergugat dengan set undang-undang negeri,” ujarnya.
Bukan itu sahaja, Abdul Rahman turut memberikan pandangannya mengenai masa depan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.
“Azmin berpeluang untuk menjadi pemimpin yang hebat kerana Azmin boleh memimpin dan untuk Azmin menjadi seperti Anwar dan Nik Aziz memang tidak boleh.Tetapi ‘in the making’ Azmin boleh,” katanya.
Selain itu, beliau turut melihat Nurul Izzah Anwar dan Khairy Jamaluddin sebagai prospek pemimpin masa depan.
Read More / Baca Lagi >>

Dari pembaca bibir hingga mata-mata gelap

$
0
0

Ketika Mahkamah Persekutuan menyampaikan keputusan dalam kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrhaim Selasa lepas, terdapat beberapa perkara tidak dilaporkan media.

Sebagai contoh, ramai pihak sedar bahawa ramai pemerhati antarabangsa hadir sepanjang kes itu, daripada prosiding di peringkat mahkamah lebih rendah lagi.

Bagaimanapun, berhubung jumlah anggota polis Cawangan Khas, ramai yang tidak sedar berhubung perkara itu.

Bukan itu sahaja, pegawai daripada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementertian Komunikasi dan Multimedia juga turut hadir.

Malah pegawai risikan tentera juga dipercayai memantau kes itu, walaupun mereka lebih sukar dicam.

Mereka ini antara pihak yang mengambil tempat di bahagian kerusi awam di mahkamah Kuala Lumpur dan Putrajaya dan bergaul selamba dengan pemberita, penyokong parti, anggota keluarga dan pemerhati.

Sepanjang tugasan panjang saya membuat liputan kes itu, saya masih ingat bagaimana terdapat seorang anggota polis wanita selalu hadir perbicaraan.

Kepakarannya – daripada apa yang saya difahamkan – membaca bibir.

Beliau tidak berada di situ untuk mengikuti perbicaraan kes liwat tetapi membaca bibir Anwar, terutamanya berhubung apa yang diperkatakannya dengan peguam.

Swiss Leaks: Akaun 21 individu dari Malaysia dengan jumlah RM242 Juta simpanan terdedah!

$
0
0

Pendedahan atau terdedahnya senarai nama penyimpan-penyimpan dalam akaun 'HSBC Swiss private banking' dari 203 negara melibatkan 106,000 penyimpan berjumlah lebih dari USD100 Billion dari seluruh dunia ini pasti memanaskan punggung mereka yang menyembunyikan kekayaan mereka dalam akaun bank tersebut.

Dokumen-dokumen yang diperoleh oleh Konsortium Antarabangsa bagi wartawan Penyiasat melalui akhbar Perancis Le Monde, menunjukkan urusan bank dengan pelanggan yang terlibat dalam spektrum tingkah laku menyalahi undang-undang, terutama dalam bersembunyi beratus-ratus juta dolar daripada pihak berkuasa cukai.

Mereka juga menunjukkan rekod persendirian bola sepak terkenal dan pemain tenis, penunggang basikal, bintang rock, pelakon Hollywood, royalti, dan ahli-ahli politik...

Sebahagian laporan..

Team of journalists from 45 countries unearths secret bank accounts maintained for criminals, traffickers, tax dodgers, politicians and celebrities

Secret documents reveal that global banking giant HSBC profited from doing business with arms dealers who channeled mortar bombs to child soldiers in Africa, bag men for Third World dictators, traffickers in blood diamonds and other international outlaws.

The leaked files, based on the inner workings of HSBC’s Swiss private banking arm, relate to accounts holding more than $100 billion. They provide a rare glimpse inside the super-secret Swiss banking system — one the public has never seen before.

The documents, obtained by the International Consortium of Investigative Journalists via the French newspaper Le Monde, show the bank’s dealings with clients engaged in a spectrum of illegal behavior, especially in hiding hundreds of millions of dollars from tax authorities. They also show private records of famed soccer and tennis players, cyclists, rock stars, Hollywood actors, royalty, politicians, corporate executives and old-wealth families.

These disclosures shine a light on the intersection of international crime and legitimate business, and they dramatically expand what’s known about potentially illegal or unethical behavior in recent years at HSBC, one of the world’s largest banks.

The leaked account records show some clients making trips to Geneva to withdraw large wads of cash, sometimes in used notes. The files also document huge sums of money controlled by dealers in diamonds who are known to have operated in war zones and sold gemstones to finance insurgencies that caused untold deaths.

HSBC, which is headquartered in London and has offices in 74 nations and territories on six continents, at first insisted that ICIJ destroy the data.

Late last month, after being informed of the full extent of the reporting team’s findings, HSBC gave a final response that was more conciliatory, telling ICIJ: “We acknowledge that the compliance culture and standards of due diligence in HSBC’s Swiss private bank, as well as the industry in general, were significantly lower than they are today.”
Read More / Baca Lagi >>

'Terus teranglah Umno Kelantan takut' kata Ibrahim Ali

$
0
0

Jika Umno masih lagi sebuah parti politik, maka Umno mesti bertanding di pilihan raya kecil (PRK) DUN Cempaka, kecualilah Umno Kelantan sudah jadi NGO.

Sebagai parti politik, berilah seribu alasan sekali pun,prinsipnya mesti bertanding.

Alasan memberi tumpuan kepada banjir adalah kelakar sebab kerana banjir besar baru-baru inilah lagi kuat alasan Umno kena bertanding.

Kena pada masanya untuk menyedarkan pengundi, bila datang banjir besar atau mushibah, siapa dan parti mana yang mampu membela dan berkhidmat pada rakyat.

Bukankah berkhidmat itu perkara utama dalam perjuangan politik. Maka PRK di DUN Cempaka, Umno boleh bukti siapa mampu berkhidmat pada rakyat.

Jangan bersifat hipokrit. Baik cakap terus terang, Umno Kelantan tidak bertanding kerana takut kalah.

Budak pun boleh faham. Program bantuan banjir boleh diteruskan di tempat banjir terlibat dan PRK terus bertanding, baru dikata parti Umno hebat sepanjang zaman.

Read More / Baca Lagi >>

Minggu nestapa buat rakyat Malaysia

$
0
0
Anwar Ibrahim dipenjara. Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia. Ini adalah minggu nestapa, bukan sahaja buat pembangkang, tapi juga buat rakyat Malaysia.

Memang, ini adalah minggu kenestapaan. Kita tidak lagi dapat mendengar alunan retorika ketua umum PKR, setidaknya buat sementara ini. Kita juga tidak lagi dapat memandang wajah jernih Tok Guru, buat selama-lamanya.

Semua ini telah lenyap, dengan pemenjaraan dan pemergian mereka. Jasad mereka tidak lagi bersama kita. Tubuh mereka tidak lagi hadir untuk berkomunikasi langsung dengan kita.

Namun, nanti dulu. Sapu dahulu air mata kita.

Di sebalik air mata ini, terdapat sebuah berita gembira: Anwar dan Nik Abdul Aziz masih lagi bebas dan masih lagi hidup. Tatap sajalah media massa: sampai saat ini, nama dan tindakan mereka terus hidup. Mereka, dalam bahasa komunikasi, rupa-rupanya tidak pernah dipenjara dan tidak pernah meninggal dunia.

Sebab, komunikasi– tentang mereka–boleh saja terus berkesinambungan meski tanpa memerlukan kehadiran sosok tubuh. Pemenjaraan Anwar, rupa-rupanya, hanyalah melanjutkan lagi sebuah komunikasi politik yang berantaian.

Bagi saya, disumbatnya Anwar ke penjara Sungai Buloh hanyalah merancakkan lagi komunikasi politik di Malaysia. Rancak kerana politik kini telah ditambah dengan perisa babak-babak dramatik. Dan, di sinilah politik terus berkomunikasi dengan rancaknya.

Hemat saya, untuk membunuh politik Anwar, itu bukanlah dengan memenjarakannya. Malah, bukan juga dengan membebaskannya. Kini, yang menjadi tanda-tanya musuhnya: bagaimanakah caranya untuk membunuh karier politiknya? Malangnya, memang tidak ada cara.

Paradoks komunikasi

Tidak ada cara, kecuali: dengan menjadikan Anwar tidak lagi dikomunikasikan. Dan, ini sama sekali tidak mungkin. Jadi, di sinilah paradoks komunikasi.

Read More / Baca Lagi >>

Abu Jahal Moden: Shafee percaya Anwar bersalah, berani sumpah di Mekah

$
0
0
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berani melafazkan sumpah di masjid atau di tanah suci Mekah berhubung kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau percaya ketua pembangkang itu sememangnya bersalah.
Bercakap dalam satu temubual eksklusif dengan Mingguan Malaysia, beliau yang mengetuai pendakwaan kes tersebut menafikan menganiayai Anwar semasa mengemukakan petisyen rayuan supaya Ketua Umum PKR itu disabitkan hukuman mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan 3 tahun lalu.
"Kalaulah saya aniaya Anwar, tidak payah tunggu saya mati masuk neraka. Di sini, di dunia saya sudah masuk neraka. Kalau tidak jadi kepada saya, mungkin jadi kepada anak atau keluarga saya.

"Saya berani bersumpah di masjid atau di Mekah apabila saya buat rayuan kes ini, saya dengan jujur percaya Anwar salah," katanya dipetik akhbar milik Umno itu hari ini. Shafee berkata demikian menjawab pelbagai teori konspirasi dan tuduhan yang mengatakan Anwar tidak bersalah, sebaliknya dianiaya “orang jahat” seperti yang didakwa beliau sendiri semasa di dalam mahkamah.
Kes Liwat II melibatkan Anwar yang bermula sejak 2008 menemui noktahnya pada 10 Februari lalu apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan beliau bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara.
Shafee berkata, beliau langsung tidak ada isu peribadi dengan Anwar dan hanya melaksanakan tugas yang diberikan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Read More / Baca Lagi >>

Shafee kini mahu Ambiga didakwa hina mahkamah

$
0
0
Bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan didakwa menghina mahkamah apabila mengatakan Mahkamah Persekutuan salah langkah dalam memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Februari, 2015. 
Bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan didakwa menghina mahkamah apabila mengatakan Mahkamah Persekutuan salah langkah dalam memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Februari, 2015.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili kerajaan dalam pendakwaan rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mahu bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan didakwa menghina mahkamah kerana mengkritik badan kehakiman.
Bercakap kepada akhbar Mingguan Malaysia, peguam Umno itu berkata, Ambiga  salah apabila mengatakan Barisan Nasional (BN) salah langkah dalam memenjarakan Anwar.
Kenyataan itu menghina mahkamah kerana ia seolah-olah menyatakan kehakiman dan mahkamah sebahagian daripada BN, yang merupakan gabungan parti pemerintah kerajaan persekutuan, katanya.

"Sepatutnya Ambiga didakwa menghina mahkamah kerana dia menyabitkan mahkamah seolah-olah sebahagian BN. Saya cadangkan Peguam Negara ambil tindakan. "Kalau perkara-perkara begini dikeluarkan, takkan kita tidak boleh jawab? Kalau kita tidak jawab, rakyat masih percaya," beliau dipetik berkata oleh akhbar milik Umno itu. 

Adakah Peguam Negara setuju Shafee serang Anwar, soal DAP

$
0
0

DAP mahu Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan sama ada Jabatan Peguam Negara membenarkan tindakan menyerang dan mengkritik seorang yang sudah disabitkan bersalah, susulan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang terus menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman ke atasnya Selasa lepas.

Pengerusi biro undang-undang DAP Gobind Singh Deo berkata, Gani sepatutnya menasihatkan Shafee, yang mengetuai pendakwaan dalam kes Liwat II ketua pembangkang itu, supaya berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengecam Anwar dan mengulas mengenai kes itu lagi. Katanya, kenyataan yang dibuat Timbalan Pendakwa Raya itu selepas pensabitan Anwar memalukan dan menghina pejabat Peguam Negara.

"Adakah Gani memberi kebenaran kepada kenyataan yang dikeluarkan yang menyerang dan menghina Anwar selepas Mahkamah Persekutuan mengesahkan sabitannya? "Adakah fiat diberikan Peguam Negara kepada individu persendirian dalam perkara jenayah selepas urusan yang ditugaskan kepadanya itu dibereskan di mahkamah?

"Tidakkah ia satu salahguna kuasa Peguam Negara, sama ada secara peribadi atau melalui timbalannya atau orang yang diberi kuasa olehnya, untuk meneruskan serangan terbuka terhadap seseorang yang disabitkan bagi pihaknya selepas pendakwaan berakhir?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Gobind berkata ini satu perkara serius kerana Peguam Negara itu dianggap melampaui apa yang dikehendaki daripadanya dari kedua-dua segi, baik undang-undang mahu pun etika, sebagai Pendakwa Raya. "Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Peguam Negara untuk mendakwa. Ia berhenti di situ.

"Saya sebagai ahli Parlimen mesti mengutuk sebarang tingkahlaku di pihak Peguam Negara yang menindas dan dianggap satu penyalahgunaan proses dan kuasa. “Tiada seorang pun harus berbangga apabila menyerang orang lain yang tidak boleh mempertahankan dirinya," kata ahli Parlimen Puchong itu.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia digesa pertimbang semula kes Anwar - Abdullah Gul

$
0
0
Kenyataan yang dimuat naik dalam laman web Abdullah Gul. 
 Kenyataan yang dimuat naik dalam laman web Abdullah Gul.

SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia digesa mempertimbangkan semula keputusan kes Liwat II, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia memberi kesan kepada masyarakat antarabangsa dan hak asasi manusia.

Demikian kata bekas Presiden Turki ke-11, Abdullah Gul sambil menyifatkan tuduhan yang dikenakan terhadap ketua pembangkang itu sebagai sukar dipercayai.

"Inilah sebabnya (komitmen dan pendirian) mengapa Anwar telah disokong oleh beberapa kumpulan hak asasi manusia dan juga kerajaan asing di kedua-dua negara di Timur dan Barat.

"Anwar juga adalah seorang tokoh politik terkemuka berorientasikan intelek dalam dunia Islam yang menjadi penyokong kuat terhadap kesesuaian nilai-nilai Islam dengan demokrasi, kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman webnya, Jumaat lalu.

Beliau juga meluahkan kekesalan dan perasaan sedihnya apabila mendapat tahu rakan politiknya, Anwar disabit dan dihukum penjara selama lima tahun.

"Hukuman dan sabitan terhadap Anwar sangat menyedihkan dan amat membimbangkan.
"Sebagai rakan lama dengan Anwar, saya dapati pertuduhan ke atas beliau amat sukar dipercayai," katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Nik Aziz, Anwar letak asas perjuangan untuk generasi muda - Azmin

Surat Kepada SPR Kekosongan Kerusi DUN Chempaka N.06- YB Ustaz Abdullah

“Berarak Demi Kebebasan”: Anak ke-4 Anwar pula tampil demi papa

$
0
0

Anggota keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim terus tampil seorang demi seorang bagi mendesak pembebasan ketua umum PKR itu.

Selepas Nurul Nuha, anak keempat Anwar, Nurul Ilham, hari ini tampil memberikan ucapan ringkas dalam sebuah majlis pelancaran buku anjuran DAP.

Ilham pada mulanya diperkenal oleh pemimpin popular DAP Lim Kit Siang sebagai Nurul Nuha, kakaknya, yang terlibat dalam kempen “Berarak Demi Kebebasan”.

“Sebenarnya nama saya Nurul Ilham.

“Saya anak keempat daripada enam adik beradik,” katanya di hari keenam Anwar merengkok di penjara Sungai Buloh selepas disabitkan bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ilham mengambil kesempatan mempromosikan poskad acara itu kepada peserta yang hadir.

Dalam acara itu, orang ramai turut digalakkan menandatangani poskad untuk dihantar kepada Anwar sebagai tanda sokongan.

Ilham hadir dalam pelancaran buku berjudul Tragic Orphans (atas) tulisan bekas diplomat Australia di Malaysia Carl Vadivella Belle yang mengisahkan berhubung perit jerih kehidupan masyarakat India negara ini.

“Bila ayah saya dimasukkan ke penjara, cucunya berumur hampir sama dengan kami (anak-anaknya) ketika dia (Anwar) pertama kali dipenjara pada 1999,” kata Ilham.

Saya bukan datang minta simpati - Wan Azizah

$
0
0
PERMATANG PAUH: "Saya bukan datang minta simpati tetapi datang mengajak rakyat menghukum kezaliman yang dilakukan terhadap suami saya Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau turut menyampaikan salam Anwar kepada rakyat di Pulau Pinang.
"Beliau nampak sayu walaupun cuba ceriakan keadaan mengatakan dirinya dah 'slim' walaupun baru masuk penjara lima hari. Harapannya masih tinggi supaya rakyat menghukum kerajaan sedia ada," tegasnya dalam ceramah anjuran PKR negeri di tapak parkir Ekspo Seberang Jaya malam tadi.
Di dalam penjara, katanya, Anwar tidur beralaskan tilam satu inci tanpa meja dan kerusi.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, Anwar tiada keistimewaan berhadapan dengan hukuman di penjara.
"Patutnya berilah sedikit layanan bukan membiarkan Anwar begitu rupa. Apa pun Anwar tetap tabah menghadapinya semata-mata kerana mahu memastikan rakyat tidak lagi terbelenggu dengan kezaliman dan penyelewengan," jelas Wan Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Selangor.
Beiau turut melancarkan simbolik poskad bertulis 'kami tidak akan menyerah kalah'.
Poskad tersebut boleh didapati di setiap ceramah PKR dan Pakatan Rakyat. Orang ramai yang memiliki poskad boleh menghantar terus ke Penjara Sungai Buluh di alamat KM 20, Sungai Buluh, 47000 Selangor atas nama Anwar.

UMNO Jangan Cepat Mimpi Kerjasama, Pas Tak Mungkin Khianati Nik Aziz

$
0
0
UMNO nampaknya terdesak benar mahu berbaik dan bekerjasama dengan Pas. Perginya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menghuni penjara untuk tempoh lima tahun dan meninggal dunianya Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat cuba dijadikan batu loncatan ke arah mencapai tujuan itu.

UMNO ketika ini sedar kedudukannya sedang merudum. Pemenjaraan Anwar menjadikan semakin meluas golongan yang menyimpan simpati dalam diam.

Oleh itu, UMNO merasakan hanya menjalinkan kerjasama dengan Pas saja dapat memberi harapan kepada masa depannya, sekaligus juga menjadikan PR terus tempang.

Bermula dengan pujian dan sanjungan sebahagian besar pemimpin UMNO sebaik tersebarnya berita kematian Nik Aziz sehinggalah pengkebumiannya sedangkan Tok Guru inilah yang dikata dan dicerca macam-macam semasa hidupnya, UMNO meneruskan lagi pengiktirafannya dengan kemungkinan tidak meletakkan calon dalam pilihanraya kecil DUN Cempaka pula.

DUN Cempaka sejak sekian lama diwakili oleh Nik Aziz dan berikutan kematiannya, pilihanraya kecil mesti diadakan dalam tempih 60 hari.

Selepas Pengerusi UMNO Kelantan, Mustapha Mohamad menyuarakan kemungkinan itu, beberapa pemimpin UMNO termasuk KJ, Shahrizat dan lain-lain turut berpandangan sama.

Selain banjir yang baru melanda Kelantan dijadikan alasan dan kini dikatakan tempoh untuk bekerja membantu mangsa-mangsa banjir, alasan lain ialah kononnya sebagai penghormatan kepada Nik Aziz yang baru meninggal dunia.

Hahaha...sejak bila UMNO berperangai sedemikian kepada pemimpin parti lain? Ikhlas dan dari hati yang jujur lagi suci kerana Allahkah semua perbuatan itu?

UMNO tidak perlu pura-pura bahawa mereka sebenarnya sangat terdesak ingin berpeluk cium dan "ya hanana" dengan Pas. Semua tindakan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO ketika ini tidak lain ialah untuk menunjuk baik kepada Pas supaya lebih terbuka di ruang hati para pemimpinnya untuk menyambut kerjasama itu.

Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa    ada menyatakan kematian Nik Aziz mungkin membuka ruang semula kepada kerjasama itu yang tertangguh sejak 2008 lagi. Tetapi belum ada pemimpin Pas yang bercakap secara terus-terang mengenainya, cuma kerenggangan hubungan Pas dalam PR dan dengan DAP dilihat memungkinkan ke arah kerjasama dengan UMNO itu.
Read More / Baca Lagi >>

Bekas timbalan presiden Pas beri bukti tentang projek UG

$
0
0
MSO

Malam tadi saya dikirimkan rakaman interview sebuah setesen televisyen berbayar dengan bekas Timbalan Presiden Pas, yang antara lain menyentuh mengenai masa depan Pas selepas ketiadaan Musryidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kembali ke Rahmatullah kelmarin. Lagi al Fatihah.

Tv itu mahu tahu dari bekas timbalan berkenaan apakah Pas akan menyemak balik cadangan kerjasama dengan Umno yang diusahakan sebelum ini yang sempat menimbulkan kontroversi dalam Pas dan terheret sampai kini.

Kita faham kenapa pertanyaan itu ditimbulkan dan ianya diajukan kepada bekas timbalan itu. Ini kerana bekas timbalan itu adalah salah seorang pemain utama (konsultan) untuk mewujudkan kerjasama Pas dengan Umno menerusi apa disebut UG - Unity Government. Beliau pernah mengakui sebagai orang diamanah untuk melaksanakan projek berkenaan.


Jadi apabila Tokguru Nik Aziz sudah tiada menimbulkan persoalan apakah ia mungkin usaha yang terbantut itu disambung kembali.

Allahyarham Tokguru adalah antara pemimpin tertinggi Pas yang tidak setuju projek berkenaan dan marah dengan usaha itu. Setengah qaul mengatakan kemarahan Tokguru itu disebabkan beliau tidak diberi tahu akan rundingan mengenai projek berkenaan. Manakala setengah qaul lain menuduh Tokguru tidak diberikan gambaran sebenar dalam erti kata lain memberi pemahaman yang terpesong mengenai kerjasama dengan Umno itu.

Kemaharan Allahyraham atas usaha ini sehinggakan Allahyarham meminta bekas timbalan itu keluar meninggalkan Pas. "Kalau nak bawa Pas masuk Umno, elok orang itu keluar tinggalkan Pas," demikian kira-kira begitulah ucapan Allahyarham.

Menarik dan bagus juga apa yang disoalkan oleh tv berkenaan dan jawaban diberikan oleh bekas timbalan itu. Menurutnya dia tidak dapat menjangka apakah cadangan itu akan disemak semula selepas ketiadaan Nik Aziz dan juga dengan terpenjaranya Anwar Ibrahim. Menurutnya ia bergantung kepada akar umbi dalam Pas dengan memberi semangat semoga muktamar Pas menjelang tiba akan membuat penentuan.

Cara dan nada percakapan bekas timbalan itu semacam menyeru ahli Pas membuat semakan dan meneruskan projek berkenaan. Boleh jadi tanpa ada apa-apa tindakan displin yang diambil ke atasnya oleh Pas beliau masih lagi valid sebagai konsultan prohek UG itu.

Sebenarnya saya tidak berminat untuk menghuraikan perkara yang sudah jelas bagi saya ini. Tetapi mungkin ada sesetengah ahli Pas atau orang ramai kabur mengenai projek UG ini. Bagi saya Pas bergabung atau tidak dengan Umno tidak ada masalah. Atas maslahat agama, ummah dan watan, no problem. Semua orang inginkan kebaikan dan kesejahtraan.

Seperti mana dijelas dan diakui sendiri oleh bekas timbalan itu, kerjasama Pas dengan Umno (UG) itu digerak sendiri oleh Majlis Syura Ulamak (MSU). Beliau yang bertindak sebagai mediator mengadakan pertemuan dan rundingan atas arahan MSU. Jadi orang bertanggungjawab memikul dosa usaha itu (kalau ia satu dosa besar) ialah anggota MSU.
Read More / Baca Lagi >>

Walaupun saya non-muslim, tetapi saya memang respect kepada TGNA.

$
0
0
Oleh Rajinder Singh
Malam ini (13hb Februari)  , lain sungguh rasa nya bila mendapat berita mengenai kematian Tok Guru Nik Aziz, TGNA.Saya, secara peribadi, memang kagum dan menghormati beliau.
Dan saya ingin kongsikan pengalaman ketika bertemu dengan beliau di salah sebuah restauran makan di Kelantan beberapa tahun dahulu.

Memandangkan saya dan rakan rakan saya, semua nya berbangsa Punjabi (kami semuanya 5orang sahabat, cuma saya sahaja yang tidak memiliki sarban), maka nak dijadikan cerita, masa itu, rakan rakan saya sentiasa dipandang oleh penduduk Kelantan. Rasa macam artis pulak, semua nak berkenalan....hmmm
Di restoran itu kami berkumpul untuk mkn . Sambil jamu selera, rakan saya memberitahu, bahawa orang yang duduk di hujung meja itu adalah TGNA.
Saya tak percaya, takkan la TGNA sebagai Menteri Besar nak makan kat kedai ini (tak ingat pulak nama kedai tu), dah tu pulak takde bodyguard, mustahil, mana mungkin seorang yang diberikan mandat menguruskan negeri jalan senang lenggang macam tu je tanpa bodyguard.
Kawan saya pula confident sungguh beliau adalah TGNA. Saya pun bangun pergi, nak tanya sendiri, betul ke?
Bila saya beri ucapkan Selamat Pagi kat beliau, dan saya tanya betul ke Encik ni TGNA. Dia menjawab yer...Opocot!!! betul laa...aduhai, terkezut siot. Saya pun senyum dan toleh kat kawan saya, saya angguk kepala memberikan isyarat yang mereka itu betul.
TGNA pun bertanya, siapa nama, dari mana, nak kemana...saya pun bagi tau yang kami daripada Ipoh Perak, datang melawat Kelantan selepas balik dari pulau perhentian. Dan TGNA pun cerita tempat yang menarik saya dan kawan kawan saya boleh lawati....sempoi je bercerita dan bersembang dgn TGNA ini.
Lepas tu saya pun join member saya, makan....
Read More / Baca Lagi >>

'Nanti abang tak dok, sapo nak jago Yah'

$
0
0
'Nanti abang tak dok, sapo nak jago Yah'
KUALA LUMPUR: “Nanti abang tak dok (meninggal dunia) lepas ni, sapo nak jago Yah."

Sayu hatinya bila mengingati ungkapan itu seakan terpatri bahawa orang yang disayanginya itu akan pergi menemui Ilahi tidak lama lagi.

Bagi Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, isteri mantan menteri besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, ungkapan yang dibuat tiga hari sebelum beliau meninggal dunia cukup menyentuh hatinya.

“Itulah kata-kata yang membuatkan hati saya sedih dan sayu apabila mengenangkan suami yang meninggalkan saya buat selama-lamanya,” kata Tuan Sabariah.

Tuan Sabariah berkata demikian dalam satu temu bual bersama akhbar Sinar Harian sehari selepas ikon negeri Kelantan itu meninggal dunia.

Sesungguhnya pemergian suami yang telah berkongsi hidup dengannya selama 53 tahun itu pasti memberikan kesan mendalam buat Tuan Sabariah.

Menurut Tuan Sabariah, kata-kata itu diluahkan arwah ketika masih dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Read More / Baca Lagi >>

KITA LAWAN: Demo besar pro-Anwar bulan depan

$
0
0
Beberapa kumpulan anak muda hari ini mengumumkan pembentukan gabungan longgar dinamakan “KITA LAWAN” dan menyatakan hasrat mereka mengadakan perhimpunan di ibu negara minggu depan.

Gabungan parti-parti politik dan NGO itu merancang aktiviti itu sebagai reaksi terhadap pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lepas.

“Hasil perbincangan bersama, kami telah merangka rancangan tindakan dan akan mengadakan perhimpunan pada 7 dan 8 Mac,” kata pengarah strategi Pemuda PKR (AMK) dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Ketuanya Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa orang ramai hadir dalam perhimpunan yang pada jam 4 petang di pusat membeli belah Sogo itu.

Katanya, KITA LAWAN juga menggesa kesemua pemimpin Pakatan Rakyat menyertai perhimpunan itu.

Mereka juga mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan atas dakwaan terlibat dalam konspirasi politik, seperti didakwa Anwar, dan menuntut pembaharuan sistem kehakiman negara.

KITA LAWAN: Nik Nazmi cabar Shafee ambil tindakan

$
0
0
Nik Nazmi Nik Ahmad ketika berucap pada perjumpaan Anak Muda Malaysia di Bangunan Persatuan Hokkein Selangor dan Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN 
 Nik Nazmi Nik Ahmad ketika berucap pada perjumpaan Anak Muda Malaysia di Bangunan Persatuan Hokkein Selangor dan Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, hari ini.
 
KUALA LUMPUR - Peguam pendakwa raya kes Liwat II, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dicabar mengambil tindakan undang-undang terhadap semua anak muda yang mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan pihak berkuasa juga harus melakukan tindakan sama dan bukan sekadar memberi amaran.
 
"Hari ini Shafee mula mengeluarkan kenyataan keputusan bila dia mengatakan Datuk S.Ambiga patut diambil tindakan kerana mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah mangsa Umno-BN.
 
"Mesej kita mudah, selagi mana mesej ini diulangi oleh rakyat Malaysia, kita hendak tengok sama ada Ketua Polis Negara, Peguam Negara atau Shafee sendiri akan ambil tindakan atau tidak.
 
"Kalau dia hendak sumbat kita dalam penjara, saya boleh jamin mereka tidak boleh sumbat semua anak muda dalam penjara," katanya ketika berucap pada perjumpaan Anak Muda Malaysia di Bangunan Persatuan Hokkien Selangor, di sini, hari ini.
 
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi: 'Umno jangan seronok sangat'

$
0
0
Rafizi Ramli 
SHAH ALAM- Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata tiada elemen mengejut menjadi punca sokongan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hambar.
 
Rafizi berkata, berbeza dengan tahun 1998, ketika itu rakyat terkejut dengan keputusan terhadap Anwar, sekali gus menyebabkan ribuan turun ke jalanan memberi sokongan bekas Menteri Kewangan itu. 
 
"Rakyat sudah tahu, tambahan pula zaman kini maklumat dihujung jari.
 
"Perkembangan Anwar sudah diikuti, jadi rakyat tidaklah terkejut sangat," katanya ketika dihubungi Sinar Online.
 
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, namun ia bukan bermakna sokongan terhadap Anwar berkurangan sebaliknya rakyat akan menggunakan pentas undi untuk meluahkan sokongan mereka.
 
"Umno jangan seronok sangat, tengoklah PRU tahun 2008, dalam senyap-senyap rakyat menghukum BN.
 
"Zaman kini mungkin rakyat tidak guna pentas jalanan sebaliknya guna pentas undi," katanya.
Read More / Baca Lagi >>
Viewing all 43913 articles
Browse latest View live