Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all 43913 articles
Browse latest View live

CEO 1MDB cuba bodohkan rakyat – Khairuddin

$
0
0
Kita hanya tanya Arul Kanda kenapa 1MDB harus berhutang untuk membayar hutang?
PETALING JAYA: Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy cuba memperbodohkan rakyat melalui kenyataan yang mengelirukan.
ceoBeliau berkata, CEO 1MDB itu selalu memberikan kenyataan yang memutarbelitkan fakta dan bukan menjawab persoalan yang dibangkitkan.
“Ianya amat mudah dan senang. Kita hanya tanya Arul Kanda kenapa 1MDB harus berhutang untuk membayar hutang? Di manakah duit 1MDB berada masa kini? ” soalnya dalam kenyataan media kepada Free Malaysia Today.
Beliau menambah, “Arul Kanda kata kedudukan kewangan dan prestasi 1MDB amat teguh tetapi malangnya mereka terpaksa berhutang untuk bayar sejumlah RM2 billion hutang Maybank dan RHB Capital Bhd.”
Khairuddin turut mengulangi gesaannya sebelum ini berhubung status wang yang ditebus daripada pelaburan di Cayman Islands.
Menurut beliau, Lembaga Pengarah dan Presiden 1MDB gagal memberi jawapan berkenaan keberadaan wang berjumlah RM8.3 billion.
Sehubungan itu ujarnya, Arul cuba menegakkan benang basah apabila gagal memberi penjelasan mengenai kedudukan kewangan syarikat milik kerajaan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Najib Razak Letak Jawatan Perdana Menteri Malaysia, Negara Malaysia Akan Bertambah Baik!

$
0
0
najib razak letak jawatan
Najib Razak Letak Jawatan Perdana Menteri Malaysia, Negara Malaysia Akan Bertambah Baik! Apa Kata Anda? : Figura politik di Malaysia yang sudah pun bertakhta sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk tempoh 22 tahun terus memberikan tekanan kepada Perdana Menteri Malaysia.
Secara terus terangnya, tampak Tun Dr Mahathir sudah hilang keyakinan dan kepercayaan terus kepada Najib Razak untuk mentadbir sekeping tanah di bumi yang bernama Malaysia ini. Enough is enough!
Melihatkan kepada landskap ekonomi dan iklim perancangan kerajaan Malaysia pada masa ini, Tun Dr Mahathir amat berharap Najib Razak letak jawatan pada saat dan ketika ini ketika mengutarakan kata-kata dan pandangan sinisnya baru-baru ini semasa berlangsungnya forum ‘The Malaysian dilemma’.

Mahathir Mohamad : Berikan Jawatan Perdana Menteri Kepada Orang lain!

Tun Dr Mahathir yang terkenal dengan pandangan dan komen pedas dan sinisnya cukup jelas merasakan dengan pengunduran Najib Razak, keadaan ekonomi dan negara Malaysia keseluruhan akan bertambah baik lebih-lebih lagi melibatkan majoriti rakyat Malaysia di bawah sekarang ini.
Berdasarkan tinjauan responden Berita Semasa melibatkan ruang undian yang BS buka seperti di sini (Berpuas Hati Dengan Prestasi Datuk Najib Razak Sepanjang Menjadi Perdana Menteri Malaysia?), sejumlah 69.5% mahukan Najib Razak letak jawatan.
Jikalau sebelum ini, Tun Dr Mahathir pernah berpengalaman memberikan kritikan kepada Perdana Menteri sebelum-sebelum ini termasuklah Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Abdullah Ahmad Badawi tampaknya, episod ini akan berterusan sehinggalah terbitkan berita Najib Razak letak jawatan kelak. Mungkin?

Apa! Rakyat Malaysia mahu Rumah Putih membantu turunkan harga teh tarik

$
0
0
Hazlan Zakaria
Sejurus selepas petisyen kontroversi di laman sesawang Rumah Putih yang menggesa Pentadbiran Obama membantu pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dimulakan, satu lagi petisyen dibuat, kali ini menggesa Rumah Putih membantu usaha menurunkan harga roti canai dan teh tarik.
Mungkin ianya bersifat sarkastik dan lucu, sebagai tindakbalas terhadap usaha awal yang dimulakan bekas duta AS ke Malaysia John R Mallot yang dilihat berunsur campurtangan asing.

Atau mungkin juga ada rakyat Malaysia yang tinggal di dalam keadaan bergolak hari ini sekadar mahu menggunakan teknologi yang membuatkan mereka gembira, selain juadah yang menambat selera di negara ini.

Perdebatan bermula tentangnya baik di kedai-kedai kopi, serta di atas talian dengan pelbagai artikel yang tersiar di media.
Sementara itu, dalam menjawab soalan Malaysiakini, Mallot berkata beliau memulakan petisyen kerana kecintaannya terhadap negara Malaysia.
“Saya percaya kata-kata tidak cukup dan Pentadbiran Obama perlu mengambil perhatian tentang hak asasi manusia serta menghulur bantuan bagi menyemarakkan demokrasi di serata dunia, termasuk Malaysia.
“Tentu sekali, saya mengambil berat tentang Malaysia dan rakyatnya. Dan Anwar serta keluarga beliau merupakan rakan baik,” ujar Mallot.
Read More / Baca Lagi >>

Pemaju Kidex rujuk Putrajaya lepas Selangor batalkan projek

$
0
0
Pemaju projek Lebuhraya Kinrara Damansara Expressway (Kidex) akan merujuk pada Putrajaya berhubung tindakan seterusnya selepas Selangor membatalkan projek bernilai RM2.42 bilion itu hari ini, menekankan keadaan itu rumit apabila kerajaan persekutuan dan negeri bertentangan pendapat antara satu sama lain terhadap lebuh raya kontroversi tersebut.

Ketua Pegawai Operasi Kidex Sdn Bhd Datuk Mohd Nor Idrus berkata, mereka akan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menjawab terhadap keputusan yang diumumkan Selangor selepas mendapat maklum balas Putrajaya.

"Kami akan merujuk dengan kerajaan persekutuan tentang perkara ini," kata Mohd Nor, dalam jawapan ringkas kepada The Malaysian Insider selepas diberitahu pengumuman yang dibuat Selangor. 

Walaupun Selangor membatalkan projek tersebut, masih terdapat soalan sama ada ia masih boleh diteruskan memandangkan Kidex - sebuah syarikat konsesi yang dimiliki pihak yang berkaitan dengan Umno - masih mendapat kelulusan Putrajaya.

Sebelum ini dilaporkan kelulusan bagi projek lebuh raya perlu daripada kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri.

Dengan Kidex, pemaju mendapat kelulusan Putrajaya apabila ia menandatangani perjanjian konsesi (CA) pada November 2013. Sejak itu syarikat tersebut dapat menyambung CA sehingga November 2015.

 Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan projek tersebut dibatalkan selepas pemaju gagal memenuhi syarat yang ditetapkan kerajaan negeri dengan tarikh tamatnya pada 15 Februari.
Read More / Baca Lagi >>

'Sedia atau tidak, Nuha ada di sini'

$
0
0

Hari itu, 48 jam selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara, kali pertama beliau diwawancara media.

Dalam hayatnya, dua kali Nurul Nuha melihat bapanya diheret ke tirai besi – kali pertama ketika remaja dan kedua selepas menjadi ibu muda kepada dua orang anak.

Seperti dijangka, pertemuan itu penuh air mata.

Bagaimanapun terdapat perbezaan ketara, tidak seperti sebelum ini – ketika beliau hanya menanti dan pasrah – Nuha kini tidak teragak-agak menetapkan pendirian.

“Sedia atau tidak, saya di sini,” kata Nuha yang tampak cantik dan sopan dengan baju kurung berwarna hijau, dipadankan dengan tudung kuning.

“Apabila seseorang yang kamu cinta diambil daripada kamu dua kali, dan dengan tidak adil, boleh kamu duduk saja tak buat apa-apa?”
Read More / Baca Lagi >>

Felda diperintah kembalikan tanah Orang Asal

$
0
0
Kerajaan Sabah telah melanggar tanggungjawab fidusiari kerana gagal menjaga dan mempertahankan kepentingan penduduk orang kampung di Tanjung Labian.

feldaKOTA KINABALU: Mahkamah Borneo mengisytiharkan pengasingan tanah seluas 650 ekar di Tanjung Labian yang terletak di Tungku, Lahad Datu kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) adalah tidak mengikuti perlembagaan dan oleh itu, tidak sah.
Justeru, Pesuruhjaya Kehakiman, Douglas Primus mengarahkan Felda membayar pampasan kepada penduduk kampung yang merupakan pemohon yang berjaya bagi 650 ekar tanah itu.
Beliau memetik Artikel 8 dan 13 daripada Perlembagaan Persekutuan bahawa tindakan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur serta Kerajaan Sabah adalah bertentangan dengan perlembagaan.
“Tanah seluas 650 ekar itu telah diluluskan untuk penduduk pada 1972 dan Kerajaan Sabah telah melanggar tanggungjawab fidusiari mereka kerana gagal untuk menjaga dan mempertahankan kepentingan penduduk kampung di tanah itu,” kata beliau semasa membacakan keputusan.
Beliau memutuskan, tuntutan pemohon tidak boleh dihalang di bawah Ordinan Had atau Ordinan Pengambilan Tanah dan ganti rugi hendaklah dinilai daripada tarikh penghakiman.
Felda merupakan plaintif yang memfailkan kes ini pada 2011 untuk memohon supaya Mahkamah Tinggi mengusir penduduk kampung dari tanah yang diagihkan kepada mereka dengan mendakwa penduduk kampung telah menceroboh tanah tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Agaknya apa percakapan Najib - Tengku Razaleigh 45 minit di udara?

$
0
0
MSO

Ramai yang tidak tahu Jumaat lepas Perdana Menteri Mohd Najib Razak terbang untuk menghadiri pengembumian Tokguru Nik Aziz bersama Tengku Razaleigh Hamzah. Jarang atau boleh dikatakan tidak ada kesempatan itu sama sekali untuk mereka berdua berada dalam satu pesawat. Walaupun atas kapal terbang itu ada beberapa menteri lain, tetapi ia bolehlah disifatkan penerbangan eksklusif mereka berdua.

Mungkin kejadian ini tidak mendapat perhatian dan sorotan meluas media massa kerana semua orang menumpukan kepada apa yang ada atau berlaku di Pulau Melaka. Media massa mungkin juga tidak sempat menghidu kerana peristiwa pengembumian Tokguru Nik Aziz itu lebih penting dan bermakna daripada apa-apa peristiwa lain pada hari itu.

Justeru tidak ada media massa memberi sorotan dan liputan penerbangan bersama mereka itu. Najib dan Tengku Razaleigh boleh disifatkan sebagai anak dengan bapa, atau pun murid dengan guru. Kerana Tengku Razaleigh lah orang diamanahkan Tun Razak Hussein mendidik dan mengajar Najib bermain politik dan juga berniaga.

Semasa Tengku Razaleigh menjadi pengerusi Petronas, beliau telah mengambil Najib dan meletakkan Najib menjadi salah seorang pegawai muda di syarikat nasional itu dalam masa sama juga diharap menjadi ahli politik.

Jadi apabila mereka tiba-tiba terbang bersama untuk menziarahi jenazah Allahyarham Nik Aziz ia sesuatu mengejutkan. Apakah Tengku Razaleigh tidak mampu untuk menyewa pesawat sendiri untuk ke Kota Bharu? Dan bukankah pesawat dinaiki Najib itu adalah pesawat rasmi perdana menteri?

Bagi saya ada maksud lain kenapa mereka berdua terbang bersama. Apa lagi ikut serta ialah Setiausaha Agung Umno Malaysia Teuku Adnan Mansor dan Mustapa Mohamed Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan.

Apakah penerbangan itu bersekali dengan satu mesyuarat rengkas di antara mereka berempat? Khabarnya pada hari mereka ke Kota Bharu itu mereka berdua akan mengadakan satu pertemuan di Kuala Lumpur. Pertemuan itu katanya penting untuk masa depan negara dan juga ada kena mengena dengan perkembangan dalam Umno.

Tidak berani untuk dikatakan pertemuan itu atas kehendak Najib yang kini sedang diancam oleh Dr Mahathir Mohamad dan Daim Zainuddin. Apakah pertemuan itu bagi membincangkan hal itu dan Tengku Razaleigh diminta membantunya?

Read More / Baca Lagi >>

Kenyataan Tan Sri Shafee Abdullah memalukan

$
0
0
Amidi Abd Manan

Kesanggupan bersumpah hatta ke Mekah oleh peguam kanan Tan Sri Shafee Abdullah seperti yang dilaporkan media tertentu dan sekiranya benar laporan tersebut adalah amat memalukan.

Kenyataan sedemikian seperti yang dilaporkan media adalah satu penghinaan terhadap mahkamah.

Ia membawa maksud keputusan hakim itu amat lemah dan tidak mempunyai kredibiliti moral sehingga perlu disokong dengan perbuatan sumpah hingga ke Mekah. Kesanggupan seperti ini satu perbuatan yang tidak wajar dari seorang peguam kanan seperti beliau.

Seluruh rakyat mengetahui beliau mewakili institusi peguam negara dan ulasan seperti ini melampaui batasan fungsi tersebut.

Keadaan ini jauh berbeza daripada sikap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, ketika mengendalikan kes pembunuhan warga Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.

Mengapa tiada sebarang komen ataupun kenyataan dikeluarkan peguam negara apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman bunuh kepada kedua-dua bekas anggota polis yang terbabit dalam kes pembunuhan mendiang Altantunya?

Walhal kes ini berprofil tinggi serta melibatkan imej dan maruah negara di peringkat antarabangsa. Inilah sikap yang sewajarnya diambil seorang peguam negara atau sesiapa sahaja yang mewakili beliau.

Selain itu perlakuan ini bertentangan dengan peraturan dengan peraturan 13 Etika Guaman yang jelas melarang seorang peguam mendapatkan laporan atau publisiti daripada apa-apa perkara di mana seorang peguam terdapat secara profesional.

Perlakuan mengulas, satu perbuatan 'over kill' yang biasanya menjurus kepada gerak kerja politik.

Read More / Baca Lagi >>

1MDB: Arul kat mana? Arul, Arul kat mana? - Khairuddin

$
0
0
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda disifatkan cuba memperbodohkan rakyat dengan bersikap diam diri serta mengambil langkah tidak menjawab sebarang persoalan mengenai syarikat pelaburan negara itu.‎

Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, ‎selain mengelirukan masyarakat, kemasukan Arul di jawatan itu juga dilihat sia-sia dengan kenyataannya selama ini yang tidak memberi sebarang faedah kepada negara.

"Apakah Arul dibawa pulang menerajui 1MDB semata-mata hanya untuk membuat kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat mengenai isu ini?

"Kenapakah kita harus membuang masa untuk berjumpa dengan Arul untuk mendapatkan penjelasan? Dia sendiri entah di mana dan hanya memutarbelitkan fakta serta bukan menjawab persoalan yang ditimbulkan," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini

Sebelum ini, Khairuddin meminta 1MDB menjelaskan secara terperinci dari sumber manakah mereka menggunakan wang RM2 bilion untuk membayar hutang bank tempatan sekali gus lebih awal daripada tarikh akhir mengikut syarat perjanjian.

Tegasnya, rakyat negara kini benar-benar mahu tahu 'asal usul' wang itu dan apa kedudukan sebenar syarikat yang mencetus kontroversi negara ini.

Khairuddin turut mempersoalkan adakah 1MDB menggunakan sebahagian daripada wang yang telah ditebus dari akaun pelaburan di Kepulauan Cayman ataupun adakah 1MDB meminjam dari mana-mana sumber kewangan yang lain‎ untuk membayar hutang berkenaan.

Ujarnya, rakyat mahu tahu mengapa  kini 1MDB harus berhutang untuk membayar hutang.

"Di manakah duit-duit 1MDB berada sekarang?  Arul kata kedudukan kewangan dan prestasi 1MDB amat teguh tetapi malangnya mereka terpaksa berhutang untuk membayar sejumlah RM2 bilion hutang.

"Ini maknanya serta signifikannya Arul kini cuba menegakkan benang yang basah," tegasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Masyarakat India terpinggir akibat politik perkauman UMNO-BN

$
0
0

kit siang


PETALING JAYA, 16 FEB : Isu gangsterisme dalam masyarakat India berpunca akibat terpinggirnya kaum itu selama beberapa dekad akibat kegagalan pembinaan negara dan dasar kerajaan kata Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata demikian dalam pelancaran buku Dr Carl Vadivella Belle berjudul ‘Tragic orphans:Indians in Malaysia’ di Petaling Jaya, semalam.
Menurutnya, banyak masalah membelenggu masyarakat India, namun paling utama adalah masalah ‘gangsterisme’.
“Masalah gangsterisme semakin parah beberapa tahun ini, baik dari segi bilangan, penjenayah dan banduan di penjara.
“Kemasukan gangster ke sekolah untuk menakut-nakutkan dan mengganggu pelajar serta kekejaman dilakukan terhadap mangsa serupa dengan apa yang dilakukan kumpulan militan Islamic State.
“Mereka sanggup memotong anggota badan dan memancung kepala mangsa mereka,”ujarnya.
Dalam pada itu Kit Siang menyelar sikap Perdana Menteri dan barisan kabinet yang gagal mengurus keharmonian negara
Ini termasuk isu keceluparan Datuk Ismail Sabri mengeluarkan kenyataan perkauman menuduh masyarakat Cina menindas orang Melayu.
“Ini bukan saja hal kesombongan Ismail Sabri, tetapi kita mempunyai Kabinet dan Perdana Menteri yang boleh dipaksa untuk menerima alasan keterlaluan.
Read More / Baca Lagi >>

Awas taktik ‘pecah-belah’ BN guna PRK Chempaka dan Permatang Pauh

$
0
0
KUALA LUMPUR, 16 FEB: Parti Pakatan Rakyat dinasihat berhati-hati dengan taktik pecah-belah dan menimbulkan kesangsian menggunakan pilihanraya kecil (PRK) DUN Chempaka di Kelantan, dan Permatang Pauh di Pulau Pinang.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, UMNO dijangka mendalangi plot baru untuk melemahkan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan perpecahan dan kesangsian, antaranya melalui helah tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Chempaka di Kelantan, manakala berusaha sedaya-upaya memenangi Parlimen Permatang Pauh.
Rancangan itu boleh ‘dibaca’ berdasarkan kenyataan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamad, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong yang diberi ‘lampu hijau’ untuk menyatakan secara terbuka berhubung cadangan agar BN tidak bertanding di DUN Chempaka.
“Saya tidak ragu-ragu. Itu strategi UMNO-BN merancang plot baru untuk cuba membawa perpecahan kepada Pakatan Rakyat.
“Ini memberikan semacam alasan untuk mengaburi gerakan politik berdasarkan kenyataan sedemikian,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam kenyataan berasingan berkata, UMNO akan mengubah strateginya dengan menumpukan kekuatan ke PRK Permatang Pauh, dengan tujuan ‘menyelesakan’ PAS.
Antaranya melalui kenyataan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa BN tidak perlu meletakkan calon di DUN Chempaka, selepas penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia.
Mustafa turut mencadangkan BN tidak bertanding DUN Chempaka, sebaliknya menumpukan kepada pemulihan pasca banjir di negeri itu.
Read More / Baca Lagi >>

RM200 JUTA ?.. RM500 JUTA ?.. RM800 JUTA ??

$
0
0
TIBA2.. Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Malaysia (PAC) panggil Ahmad Maslan utk jelaskan dari mana & bagaimana 'menteri bijak 3.85' buat kiraan RM800 juta itu..

ANTARA ketiga2.. Najib, Muhyiddin & Ahmad Maslan yg mana kaki kelentong ???

'ABU JAHAL' & @UMNO spt adik beradik

$
0
0
KENAPA manusia2 ini sanggup bersumpah di depan kaabah demi memperjuangkan maruah lubang dubur Saiful ???

ADAKAH amalan bersumpah di depan ka'abah satu amalan yg dituntut oleh Islam ???.. atau AMALAN ABU JAHAL !!!

Apa nak heran dah pe'el spesis manusia sebegini yg suka ikut amalan ABU JAHAL.. Emotikon like Kenapa si sepol beriya2 benar ikut perangai ABU JAHAL !!!

CJ: Tindakan pada pengkritik hakim

$
0
0
Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria menggesa masyarakat umum agar tidak mengkritik badan kehakiman melalui media sosial kerana tindakan itu akan menghakis keyakinan ke atas badan itu.

Katanya, beliau mengesan banyak komen negatif ke atas badan kehakiman di media Internet.

Hakim Ariffin juga menegaskan bahawa badan kehakiman yang bebas merupakan perkara paling penting dalam pentadbiran negara.

Katanya lagi, perdana menteri telah diminta untuk menjamin perkara itu melalui Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

"Kritikan yang tidak berasas ini mencemarkan institusi kehakiman.

"Mahkamah memandang serius tindakan ini – yang akan menjejaskan maruah dan integriti mahkamah – dan kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan," kata Hakim Ariffin.

Beliau berucap dalam satu majlis pelantikan empat orang hakim di Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini.

Kidex jawab isu pembatalan projek oleh MB Selangor

$
0
0
Kidex jawab isu pembatalan projek oleh MB SelangorKUALA LUMPUR: Kidex Sdn Bhd (KSB) hari ini memaklumkan bahawa pihaknya sedang menunggu maklumbalas dari Kerajaan Persekutuan berhubung pembatalan Projek Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex) oleh kerajaan Selangor.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KSB, Datuk Mohd Nor Idrus, ini adalah kerana perjanjian konsesi yang ditandangani pada November 2013 melibatkan pihak KSB dan Kerajaan Malaysia.

"Pada November 2013, satu perjanjian konsesi (CA) telah ditandatangani untuk membina lebuhraya sepanjang 14.9 kilometer tersebut.

"Kita sekarang sedang menunggu maklumbalas dari pihak Kerajaan, kerana ia merupakan pihak yang terlibat dalam perjanjian. Dalam pada itu, kami akan meneruskan perbincangan dengan kerajaan negeri (Selangor)," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, Mohd Nor turut memaklumkan bahawa pihaknya sedang melanjutkan tempoh perjanjian terdahulu, seperti yang tertera pada CA, kepada sembilan bulan bermula 15 Februari 2014 dan akan berakhir pada 14 November 2015.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan oleh pejabatnya hari ini telah mengumumkan pembatalan pembinaan lebuhraya Kidex.
Read More / Baca Lagi >>

Haron Din: Siapa ganti Nik Aziz belum dipilih

$
0
0
 Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din 
SHAH ALAM - Isu siapa yang akan mengisi jawatan Mursyidul Am Pas yang sebelum ini disandang oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak timbul sehingga habis tempoh sesi Majlis Syura Ulama  2011-2015. 
 
Timbalannya, Datuk Haron Din berkata, mengikut perlembagaan parti, jawatan dan tugas mursyidul am parti secara automatik akan dipangku oleh timbalannya apabila berlaku kematian sehingga  pemilihan dalaman dibuat bagi menentukan individu yang paling layak dipilih menduduki jawatan tersebut. 
 
“Pada ketika itu akan timbul siapa yang boleh dipercayai dan berkebolehan untuk dipilih sebagai mursyidul am dan timbalannya. Sama seperti ketika Ketua Dewan Ulama Pas Pusat meninggal dunia, jawatan itu dipangku oleh timbalannya,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini. 
 
Memberitahu buat masa ini belum diadakan sebarang mesyuarat rasmi oleh Majlis Syura Ulama berhubung kekosongan jawatan berkenaan, Haron berkata, tugas-tugas rasmi Allahyarham membabitkan jawatan dalam majlis itu sudah dipangku olehnya secara tidak rasmi. 
 
“Kita semua sedia maklum Allahyarham Tok Guru uzur syarie dan berulang-alik ke hospital sebelum ini. Beberapa kali juga saya mengadakan mesyuarat Majlis Syura di Kota Bharu bagi membolehkan beliau turut serta.
 
“Malah jika ada mesyuarat di Kuala Lumpur, saya sebagai timbalan akan bertindak sebagai pemangku,” kata Haron.
 
Read More / Baca Lagi >>

KDN: 23 pertubuhan diisytihar kongsi gelap

$
0
0
Kementerian Dalam Negeri (KDN) 
PUTRAJAYA - Sebanyak 23 pertubuhan di negara ini diisytiharkan sebagai pertubuhan kongsi gelap yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 355), menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.
  
KDN dalam kenyataan menyebut pengisytiharan itu dibuat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini, dengan nombor pewartaan P.U.(A) 34/2015.
  
Pertubuhan kongsi gelap tersebut adalah Geng 3821; Geng Ngo Sek Kee; Geng Gee Hor Sia; Geng Chong Woh; Geng Gee Long San; Geng Gee It Leng; Geng Gee Hon San; Geng Guat Sam Sia; Geng It Tiam Ang; Geng Lian Heng Siah dan Geng Ang Mor Low.
  
Turut disenaraikan ialah Geng Sio Or Leng; Geng Loong Foo Thong; Geng 969 (Kow Lak Kow); Geng 32 Sar Jee; Geng Chaun San; Geng Fong Hong San; Geng Jin Jee Tong; Geng Gee Lam Kok; Geng Hong Fah; Knight Right Keepers @ Kappa Rho Kappa (KRK); Malin Kundang (Sandakan) dan Special Force (Lahad Datu).
  
Read More / Baca Lagi >>

ISIS Malaysia: Nora Danish buat laporan polis

$
0
0
PELAKON cantik, Nora Danish akan membuat laporan polis ekoran gambarnya yang digunakan dalam video sekumpulan empat lelaki bertopeng yang mengugut untuk mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan negara di mahkamah pada 18 Februari ini.
Nora yang mengetahui video tersebut menerusi seorang rakan tengah hari tadi, enggan memberi komen lanjut mengenai video terbabit.
ISIS Malaysia: Nora Danish buat laporan polis"Berita ini saya ketahui melalui rakan tengah hari tadi dan saya sendiri telah melihat video rakaman itu. Bagaimanapun, mereka tidak menyebut nama saya malah perkara yang dibualkan tidak kena mengenai dengan saya. Cuma kelihatan gambar saya di pegang oleh mereka.
"Apa yang boleh saya katakan, saya akan membuat laporan polis," katanya menerusi satu kenyataan yang diberikan kepada Sinar Harian hari ini.

KENAPA LIMA (5) PERSOALAN ini tidak di jawab !!!

Mahkamah tolak permohonan semakan kehakiman Mejar Zaidi

$
0
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman yang difailkan bekas Pegawai Kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Zaidi Ahmad untuk mencabar keputusan Mahkamah Tentera yang meneruskan perbicaraan kesnya, tahun lepas.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad menolak permohonan itu di dalam kamarnya dengan kos RM2,000 selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan Mejar Jeneral Datuk Azizool Arif Abdul Ghani atas kapasiti Pihak Berkuasa Sidang Mahkamah Tentera dan Mahkamah Tentera.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili Azizool dan Mahkamah Tentera ketika ditemui pemberita berkata mahkamah bersetuju bantahan awal itu bersifat akademik kerana Mahkamah Tentera sudah membuat keputusan terhadap Zaidi pada 12 Januari lepas.

"Apa-apa yang dipohon (Zaidi) sudah tidak berguna lagi kerana keputusan terhadapnya sudah dibuat," katanya.

Sementara itu, peguam Azhana Mohd Khairudin yang mewakili Zaidi berkata anak guamnya mempunyai remedi untuk memfailkan rayuan berhubung keputusan itu juga mempunyai kebebasan untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman yang baharu berhubung keputusan Mahkamah Tentera.

"Kami akan mendapatkan arahan lanjut daripada anak guam sama ada akan merayu keputusan ini atau memfailkan semakan kehakiman yang baharu," katanya.

Pada 11 Disember, 2014, Zaidi, 45, memfailkan permohonan itu dengan menamakan Azizool dan Mahkamah Tentera sebagai responden.
Read More / Baca Lagi >>
Viewing all 43913 articles
Browse latest View live