Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

BN tetap berkuasa walaupun Najib turun, tegas Mukhriz

$
0
0
Bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini menegaskan bahawa Barisan Nasional tidak akan tumbang walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipaksa turun dari takhta Perdana Menteri sebelum pilihan raya ke-14.
"Kalaupun Najib dipaksa turun sebagai Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum ke-14, bukankah seorang ahli parlimen yang menikmati sokongan terbanyak akan diangkat bagi menggantikan beliau?.
"Adakah ini harus bermakna BN akan tumbang? Tentunya tidak," kata beliau yang juga ahli dewan undangan negeri Ayer Hitam dalam kenyataan, hari ini.
Mukhriz berkata demikian walaupun beliau kini bukan lagi ahli Umno setelah dipecat oleh majlis tertinggi Umno kira-kira sebulan yang lalu bersama-sama Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mengulas lanjut, Mukhriz menambah, beliau juga tidak menolak wujudnya pemikiran sesetengah rakyat negara ini yang bertanggapan bahawa jawatan perdana menteri itu harus menjadikan individu berkenaan dilimpahi kekayaan.
"Tanggapan PM mesti kaya, pandai-pandai dialah cari duit untuk hidup mewah mungkin dikatakan atau difikirkan sebahagian daripada kita.
"Namun, sedarkah kita bahawa negara tidak mampu menanggung hutang berbilion ringgit angkara 1MDB.
"Apatah lagi sudah didedahkan sekarang bahawa wang berbilion dollar yang dipinjam oleh 1MDB diseleweng untuk tujuan peribadi (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) dan konco-konconya.
Pada masa yang sama, ujar beliau, ada juga sesetengah pihak yang mengandaikan seseorang pemimpin atau kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi dilindungi imuniti dari tindakan undang-undang sekiranya didapati bersalah melakukan pecah amanah, rasuah dan sebagainya.
"Adakah demokrasi ala Malaysia bermaksud sekali dipilih secara demokratik, maka seseorang pemimpin itu diberi cek yang tidak diisi jumlah tunainya untuk diguna sesuka hati dan dibenarkan bermewah-mewahan dengan wang Rakyat?.
Justeru, rakyat harus mempersoalkan apakah dengan kemenangan tipis BN pada pilihan raya umum yang lepas menghalalkan apa jua tindakan menyalahi undang-undang yang dilakukan oleh Najib sekarang, katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913