Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Umno Kelantan setaraf PAS bawa perjuangan Islam..!!

$
0
0
Sentimen Islam PAS tidak melemahkan Umno untuk menawan hati rakyat kerana parti Melayu itu turut memperjuangkan Islam dan menyokong hudud.
Datuk-Hanafi-Mamat
PETALING JAYA: Perjuangan Islam yang dibawa PAS Kelantan tidak lagi menggentarkan Umno untuk menawan kembali negeri serambi Mekah itu.
Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Hanafi Mamat berkata ini kerana Umno juga parti yang memperjuangkan gerakan Islam.
“Sentimen keagamaan yang dibawa PAS tidak timbul kerana Umno Kelantan bersedia menyokong usaha untuk meningkatkan lagi gerakan Islam di Kelantan dan kita juga menyokong pelaksanaan hudud,” katanya kepada FMT.
Hanafi berkata Umno Kelantan mampu merampas Kelantan daripada PAS walaupun melalui pilihan raya awal seperti saranan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Datuk Ahmad Jazlan Yaakub supaya DUN negeri dibubarkan kerana banyak kelemahan dalam pentadbiran sedia ada.
“Keadaan kerajaan negeri dari sudut pentadbiran sangat lemah, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah prasarana negeri untuk kemudahan rakyat, tidak dapat mengurus isu air bersih, pendapatan negeri merosot, kos premium tanah meningkat, malah mereka lebih bergantung kepada dana persekutuan.
“Umno yakin dengan perkhidmatan kita secara berterusan kepada rakyat, keikhlasan kita membantu kerajaan negeri dan keupayaan kita mentadbir Kelantan pada masa akan datang.
“Saya rasa rakyat juga memahami perkara ini dan dapat membuat perbandingan antara keikhlasan kita membantu rakyat dengan kerajaan PAS Kelantan membantu rakyat,” katanya.
Sebelum ini, Ahmad Jazlan menyarankan DUN negeri itu dibubarkan lebih awal susulan kemelut dan ketidaksepakatan dalam kalangan pemimpin PAS dapat dilihat dengan jelas hingga menjejaskan kepercayaan rakyat.
Kenyataan Ahmad Jazlan itu dibidas Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dengan menyifatkan desakan itu lebih kepada motif politik memandangkan tidak ada bukti yang jelas dan terdesak untuk DUN Kelantan dibubarkan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913